Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

191  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0577.
Dari 'Imran, katanya: "Aku bertanya kepada Nabi saw. perihal orang yang solat duduk." Jawab beliau, "Orang yang solat berdiri, itulah yang paling utama. Dan orang yang solat duduk, maka pahalanya seperdua pahala solat berdiri. Dan orang yang solat tidur, maka pahalanya seperdua pahala orang yang solat duduk."

192  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0401.
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Husyaim memberitahukan kepada kami Ismail bin Abi Khalid memberitahukan kepada kami dari Al-Harits bin Syubail dari Abi Amr Asy Syaibani dari Zaid bin Arqam berkata: "Kami berbicara dibelakang Rasulullah saw ditengah solat, seseorang dari kami berbicara dengan temannya yang ada disampingnya sehingga turun ayat: (Dan berdirilah untuk Allah dalam solatmu dengan khusyuk, Al-Bararah:238) Lalu kami diperintah diam dan dilarang berbicara. Dalam bab ini terdapat hadis dari Ibnu Mas'ud dan Muawiyah bin Al-Hakam. Abu Isa berkata: "Hadis Zaid bin Arqam adalah hasan sahih". Dan berdasarkan hadis ini menurut kebanyakkan para ahli ilmu berkata: "Apabila seseorang berbicara dengan sengaja atau lupa, maka dia mengulangi solatnya. Dan ini adalah pendapat Ats Tsauri dan Ibnul Mubarak. Sebahagian mereka berkata: "Apabila seseorang berbicara dengan sengaja diwaktu solat maka mengulangi solatnya dan kalau kerana lupa atau tidak mengerti maka sah solatnya". Dan ini adalah pendapat Asy Syafii.

193  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1434.
Dari Abu Mas'ud r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jibril turun (datang), lalu ia jadi Imam saya, dan saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, saya solat bersama dia, dan saya solat bersama dia". Beliau hitung dengan jari beliau lima kali solat.

194  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0455.
Hannad menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah memberitahukan kepada kami dari Al A'masy dari Amr bin Murrah dari Yahya bin Jazar dari Ummi Salamah berkata: "Nabi mengerjakan solat witir tiga belas rakaat dan ketika beliau sudah tua dan lemah, beliau mengerjakan witir dengan tujuh (rakaat.". Di dalam bab ini terdapat hadis dari Aisyah r.a. Abu Isa berkata: "Hadis Ummi Salamah hadis hasan. Dan telah diriwayatkan dari Nabi saw solat witir itu tiga belas, sebelas, sembilan, tujuh, lima, tiga dan satu rakaat." Ishaq bin Ibrahim berkata: "Erti hadis yang telah diriwayatkan itu, sesungguhnya Nabi saw beliau mengerjakan witir tiga belas, itu ertinya beliau mengerjakan solat diwaktu malam tiga belas rakaat termasuk witir, kemudian solat malam itu dimasukkan pada bilangan witir. Ishaq telah meriwayatkan hadis itu dari Aisyah, dan dia telah mengambil hujah dengan hadis yang diriwayatkan dari Nabi saw beliau bersabda: Solat witirlah hai ahli Al Quran (hai orang mu'min.". Kemudian dia berkata: "Solat malam dimaksudkan (ditujukan) kepada ahli Al Quran, maksudnya kepada orang-orang yang mempunyai (hak) atas Al Quran iaitu (orang mu'min)."

195  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0230.
Hannad menceritakan kepada kami, Abul Ahwash menceritakan kepada kami dari Hushain dari Hilal bin Yisaf berkata: "Ziyad bin Abil Ja'd memegang tangan ku sedangkan kami di tanah yang habis tergenang air lalu ia memberhentikan saya pada seorang syaikh yang bernama Wabishah bin Ma'bad dari Bani Asad. Lalu Ziyad berkata: "Syaikh (orang terpandang) itu berkata: "Bahawasanya seorang lelaki solat di belakang shaf sendirian - syaikh itu mendengar - lalu Rasulullah memerintahnya untuk mengulangi solat." Abu Isa berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Ali bin Syaiban dan Ibnu Abbas." Abu Isa berkata: "Hadis Wabishah adalah hadis hasan." Satu kaum dari ahli ilmu memakruhkan seorang solat di belakang shaf sendirian, dan mereka mengatakan: "Ia mengulangi apabila ia solat dibelakang sendirian. Dengannya Ahmad dan Ishaq berpendapat. Suatu kaum dari ahli ilmu berkata: "Cukup baginya apabila ia solat di belakang shaf sendirian. Itu adalah pendapat Sufyan Ats Tsauri, Ibnul Mubarak dan Asy Syafi'i. Satu kaum dari penduduk Kufah berpendapat kepada hadis Wabishah bin Ma'bad juga. Mereka berkata: "Barangsiapa solat di belakang shaf sendirian maka ia mengulanginya." Di antara mereka adalah Hammad bin Sulaiman, Ibnu Abi Laila, dan Waki'. Hadis Hushain dari Hilal bin Yisaf diriwayatkan oleh tidak hanya seorang seperti riwayat Abul Ahwash dari Ziyad bin Abil Ja'd dari Wabishah bin Ma'bad. Di dalam hadis Hushain terdapat sesuatu yang menunjukkan bahawa Hilal menjumpai Wabishah. Ahli hadis berbeza pendapat tentang ini. Sebahagian dari mereka mengatakan: "Hadis Hushain dari Hilal bin Yisaf dari Ziyad bin Abil Ja'd dari Wabishah bin Ma'bad adalah lebih sahih. Abu Isa berkata: "Ini menurut saya adalah lebih sahih dari pada hadis 'Amr bin Murrah kerana hadis itu telah diriwayatkan dari selain hadis Hilal bin Yisaf dari Ziyad bin Abil Ja'd dari Wabishah.

196  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0326.
Muhammad bin Abdul Malik bin Abisy Syawarib menceritakan kepada kami, Yazid bin Zura'i memberitahukan kepada kami, Ma'mar memberitahukan kepada kami dari Az Zuhri dari Abi Salamah dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Apabila solat telah didirikan maka janganlah mendatanginya dengan berlari tetapi datangilah ia dengan berjalan dan tenanglah. Apa yang kamu jumpai (dari solat imam) solatlah dan apa yang tertinggal dari solatmu sempurnakanlah". Abu Isa berkata: "Para ahli ilmu berbeza pendapat tentang berjalan ke masjid. Sebahagian mereka berpendapat: Mempercepat apabila mereka khuatir ketinggalan takbir yang pertama sehingga disebutkan dari sebahagian mereka bahawa dia berlari-lari menuju solat, dan sebahagian mereka memakruhkan mempercepat menuju solat dan memilih agar berjalan dengan tenang dan pendapat ini diikuti pula oleh Ahmad dan Ishaq dan mereka berkata: "Hadis Abu Hurairah dapat diamalkan." Ishaq berkata: "Kalau kuatir ketinggalan takbir yang pertama maka tidak mengapa mempercepat dalam perjalanan."

197  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0178.
Qutaibah dan Bisyr bin Mu'adz menceritakan kepada kami, keduanya berkata: "Abu Awanah menceritakan kepada kami dari Qatadah dari Anas bin Malik berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa lupa solat maka hendaklah ia mengerjakan solat apabila ia mengingatinya." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Samurah dan Abu Qatadah. Abu Isa berkata: "Hadis Anas adalah hadis hassan sahih. Dan diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib bahawasanya ia berkata mengenai sesorang yang lupa mengerjakan solat. Ia berkata: "Ia mengerjakan solat itu bila saja ia mengingatinya baik di dalam waktu atau di luar waktu". Dan itu pendapat Asy Syafi'i, Ahmad bin Hambal dan Ishak. Dan diriwayatkan dari Abu Bakrah bahawasanya ia tidur[tertidur] dari solat asar lalu ia bangun ketika matahari terbenam maka ia tidak solat hingga matahari terbenam. Satu kaum dari penduduk Kufah berpendapat demikian ini. Adapun teman-teman kami maka mereka berpendapat kepada pendapat Ali bin Abi Thalib ra.

198  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0142.
Hannad bin As Sari menceritakan kepada kami, Abu Mu'awiyah menceritakan kepada kami dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari Abdullah bin Al Arqam berkata: "Solat didirikan (iqamah) lalu ia memegangi tangan seorang laki-laki maka ia mengajukannya, ia adalah imam kaumnya, sambil berkata: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Apabila solat didirikan (iqamah) dan salah seorang dari kamu mendapatkan (keinginan) ke belakang maka hendaklah ia mulai dengan belakang itu (kamar kecil)." Ia berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Aisyah, dari Abu Hurairah, Tsauban, dan Abu Umamah." Abu Isa berkata: "Hadis Abdullah Al Arqam adalah hadis hasan sahih." Demikianlah Malik bin Anas, Yahya bin Sa'id Al Qaththan dan tidak hanya seorang dari para hafid meriwayatkan dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari Abdullah bin Al Arqam. Wuhaib dan lainya meriwayatkan dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari seorang laki-laki dari Abdullah Al Arqam. Itu adalah pendapat tidak hanya seorang dari para sahabat Nabi saw dan tabi'in. Dan dengannya Ahmad dan Ishaq berkata: "Ia berdiri untuk solat sedangkan ia mendapatkan sesuatu dari berak dan kencing". Dan keduanya berkata: "Jika ia masuk dalam solat dan ia mendapatkan sesuatu dari padanya maka janganlah ia berpaling selama hal itu tidak menyibukkannya". Sebagian ahli ilmu berkata: "Tidak mengapa ia solat dan padanya ada rasa berak dan kencing selama hal itu tidak menyibukkannya dari solat.

199  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0364.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Nabi saw. jatuh dari kuda, menyebabkan rusuk kanan beliau luka. Kerana itu kami datang menjenguk beliau dan kebetulan ketika kami tiba di sana waktu solat pun tiba. Beliau solat mengimami kami sambil duduk, dan kami solat mengikut beliau sambil duduk pula. Setelah selesai solat beliau bersabda, "Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikut. Kerana itu, apabila imam takbir, takbir pulalah kamu. Apabila imam sujud, sujud pulalah kamu. Apabila iman bangkit, bangkit pulalah kamu. Dan apabila imam membaca 'Sami'allahu liman hamidah', maka ucapkanlah 'Rabbana walakal hamdu'. Apabila imam itu solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sekalian sambil duduk."

200  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0875.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Hammad bin Zaid memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Amr bin Dinar dari Ibnu 'Umar dari Bilal "bahawasanya Nabi s.a.w. mengerjakan solat di rongga Ka'abah." Ibnu 'Abbas mengatakan: "baginda tidak mengerjakan solat tetapi baginda bertakbir." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Usamah bin Zaid, Al-Fadh bin 'Abbas, Utsman bin Thalhah dan Syaibah bin 'Utsman. Abu 'Isa berkata: "Hadis Bilal itu adalah hadis hasan sahih. Pengamalan terhadap kandungan hadis ini disepakati oleh majoriti ulama' di mana mereka berpendapat tidak ada masalah solat dalam Ka'abah. Malik bin Anas berpendapat, tidak ada salahnya mengerjakan solat sunat di dalam Ka'abah, namun ia melarang seseorang mengerjakan solat wajib di dalam Ka'abah. Asy-Syafi'i berpendapat bahawa tidak ada salahnya seseorang mengerjakan solat wajib dan sunat di dalam Ka'abah kerana hukum sunat dan wajib dalam masalah suci dan kiblat itu adalah sama."